Friday 4 November 2011

Mengapa Perlu Menyertai Takaful

     Persiapan diri bagi kaum wanita untuk meneruskan kehidupan jika mengalami hilang upaya akibat penyakit kritikal mahupun disebabkan kemalangan. Kesan daripada musibah ini bukan sahaja berakhir disitu sahaja malahan mungkin menjadi lebih  besar jika sekiranya ia memberi kesan kepada kehidupan keluarga dan hubungan suami isteri.
Maka buatlah persiapan untuk menghadapi perkara yang tidak terjangka berlaku pada diri kita.  
" sertailah takaful sambil beramal, sambil menjamin kesinambungan kehidupan yang tidak ternilai ini".

Menyertai takaful bertujuan melindungi nafkah keluarga terjamin walaupun suami atau bapa sudah tidak boleh bekerja  (hilang upaya). Inilah tanda pengorbanan dan kasih sayang untuk melaksanakan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak yang disayangi. Alangkah sesalnya kita menolak para perunding takaful yang hadir untuk berkongsi, bercerita faedah menertai skim takaful ini..... dan akhirnya kita ditimpa musibah tanpa sebarang persiapan yang mencukupi. " Berfikirlah demi rasa tanggungjawab."
Sertailah takaful sebelum tiba masa kita tidak layak lagi untuk menyertainya. Dengan menyertai takaful itu tanda kita menyayangi keluarga dan diri kita. Dengan menyertai takaful kita saling bantu membantu sesama peserta dengan beramal jariah melalui konsep tabaru' . Dengan menyertai takaful kita bertindak bijak dengan menyimpan (menabung) secara berdisiplin dan mengembangkannya (wakalah).

Dengan menyertai Takaful , Hati jadi tenang, ibadah berterusan, insyaAllah..


Hubungi : Rosli/ Atikah - 019-2699017


No comments:

Post a Comment